Kenangan Indah di Morib

Alhamdulillah pada 2-3 Jun yang lalu Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam Klang telah berjaya menganjurkan Kem Outdoor Remaja ii bertempat di Kem El-Azhar Morib. Seramai 85 orang remaja telah turut serta dalam program ini. Program dirasmikan oleh Saudara Abd Rahim Malek. Antara aktiviti pada hari pertama ialah “Treasure Hunt” disekitar kem. Selain itu Program Pengisian oleh Ust. Mohd Rusydi Alias pada sebelah pagi dan Ustzh. Siti Umi Kalsom Hussin pada sebelah malam. Selain itu semua peserta mendapat hidangan istimewa iaitu BBQ ayam untuk makan malam.

Hari kedua merupakan hari yang dinanti-nanti oleh semua peserta. Peserta putera akan menguji keberanian masing-masing dengan aktiviti “Flying Fox” dan peserta puteri dengan aktiviti berkayak. Bermacam gelagat yang dapat dilihat sepanjang program tersebut. Ada yang takut-takut dan ada yang terlebih “confident”. Yang paling melucukan semasa aktiviti punyalah pucat mukanya, tetapi selepas selesai sibuk bercerita kehebatan massing-masing.

Majlis penutup dimulakan dengan ucapan dari wakil pengarah program iaitu Ust. Mohd Fathan Hussin disempurnakan oleh Dr. Amiruddin Abd Wahab iaitu Ketua Perhubungan Kawasan Shah Alam Klang. Majlis penyampaian hadiah & Sijil Penyertaan berlansung selepas itu. Setelah selesai majlis penutupan & Penyampaian Sijil semua peserta bertolak ke Pantai Kelanang Baru untuk slot terakhir iaitu mandi di laut. Sesungguhnya program ini merupakan kenangan indah yang akan terus dikenang. Ukhuwah yang terjalin moga berkekalan selamanya.

Terima kasih dan tahniah kepada semua Urusetia dan Fasilitator yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Jazakallah……

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim SHAH ALAM KLANG

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s