Usahawan neXt

Alhamdulillah program Usahawan neXt telah berjaya dilaksanakan dan menarik minat seramai 20 orang remaja. Istimewanya program kali ini telah menarik perhatian YB Dato’ Dr. Amran Kasimin yang sudi untuk merasmikan dan berkongsi pandangan serta pengalaman bersama remaja yang terlibat.

Hari Pertama

Hari kedua

“Program hari ke-2 dimulakan dengan slot pengenalan “Intelligent Chess” oleh jurulatih catur berpengalaman dari Pulau Pinang, iaitu En Mat Zaki bin Yeop. Beliau berkongsi banyak maklumat dan pengalamannya dalam seni bermain catur di mana permainan yang mengajak pemain untuk banyak berfikir ini dikatakan berasal dari India lebih kurang 1,400 tahun lalu dan diperkembangkan oleh orang Islam semasa era empayar Islam selepas itu. Namun, fakta ini telah disembunyikan oleh Orientalis. Apa yang nyata sekarang ini, terdapat 1,000 orang pemain grandmaster catur yang dikuasai oleh pemain catur dari Barat yang kebanyakannya berbangsa Yahudi. Terdapat banyak kelebihan bermain catur antaranya seperti aplikasi merancang strategi dalam bidang keusahawanan, mengelakkan daripada nyanyuk bila mencapai usia tua, dll.

Program diteruskan dengan perkongsian pengalaman dan penyampaian bersahaja “Gergasi Jangan dibiar Tidur” oleh tokoh usahawan muda yang masih menuntut di IPT, iaitu Cik Ummul Khairiyah bt Abdul Rahman. Beliau bukan sahaja telah mengaut hasil keuntungan bulanan sebanyak 5 digit dalam usia muda, malah beliau juga cemerlang dalam pengajiannya dan mendapat pengiktirafan sijil dekan. Beliau sangat menekankan aspek praktikal dalam mencapai cita-cita yang dihajati peserta.

Seterusnya, tokoh usahawan berikutnya, En Aminuddin bin Yahaya, tidak kurang menarik perhatian peserta dengan penyampaian bertenaga beliau “Kau Harapan Kami”. Dalam pembentangannya, beliau banyak berkongsi maklumat antaranya statistik billionaire tanah air yang hampir keseluruhannya dikuasai oleh orang bukan Melayu. Beliau mencabar peserta untuk mengikut jejak beliau menjadi usahawan berjaya dan seterusnya menjangkau lebih jauh lagi dan termasuk dalam kelab billionaire Malaysia di masa hadapan.

Program disambung dengan sesi permainan catur oleh johan catur negeri Perak, En. Johan, yang telah berlawan secara serentak dengan 10 orang peserta dalam masa yang telah ditetapkan. Keputusannya berkesudahan dengan beliau menang 8 perlawanan dan selebihnya seri.

Akhir sekali sidang pleno oleh Pengarah Usahawan NeXt 2007, sdr Khairudin bin Mohd Ali dan wakil dari ISMA Entrepreneurship Program (IEP), En Abdul Rahman bin Mt Dali, berkongsi maklumat masing-masing tentang apa yang boleh dilakukan sebaik sahaja peserta keluar dari bilik seminar. Sdr. Khairudin telah menyampaikan sedikit pengenalan KRIM dan aktiviti-aktivitinya manakala En Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan Kelab Usahawan Muda di bawah IEP yang objektifnya khusus kepada membina suasana yang memfokuskan kepada keusahawanan di kalangan remaja.

Program disudahi dengan penyampaian hadiah pemenang Projek Aprantis 1 pada hari pertama dan penyampaian sijil penyertaan peserta.”

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Kem motivasi dan ceramah agama, Keusahawanan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s