Cinta ke mana akhirnya?

Cerita yang diceritakan sendiri oleh mereka:

Saya seorang pelajar perempuan. Sepanjang hidup, saya adalah seorang yang kuat berpegang dengan agama. Tetapi malangnya saya tidak memakai tudung. Meskipun terdapat perbagai masalah keluarga, tetapi saya menunaikan ibadat dan tidak meninggalkannya. Sentiasa ada kasih sayang antara saya dan tuhan. Tetapi sebaik saja saya bergaul dengan orang yang jauh daripada Tuhan, saya mula terpengaruh dengan mereka. Apabila saya memasuki universiti, keadaan menjadi lebih sukar, kerana pergaulan bebas berlaku dengan berleluasa. Pada mulanya saya bercampur dengan pelajar-pelajar lelaki secara biasa namun akhirnya bertukar menjadi hubungan istimewa dengan salah seorang daripada mereka.

Pada mulanya hubungan kami bermula dengan hubungan ‘persahabatan’, kemudian kami berterus terang mengatakan bahawa perasaan istimewa mula berputik lebih daripada hubungan ‘persahabatan’. Kami bersetuju untuk menjauhi perkara-perkara haram dan berjanji hanya akan memberikan komitmen kepada cinta yang suci lagi murni. Kemudian kami mula berbual melalui telefon. Dia mula mengatakan bahawa dia tidak boleh berjauhan daripada saya. Pada mulanya saya menolak, tetapi akhirnya saya terperangkap dan mula melayan bercakap dengannya. Saya mengambil peluang ketika keluarga saya keluar untuk bercakap dengannya. Jika salah seorang daripada ahli keluarga saya ada di rumah, saya bercakap dengannya seolah-olah dia adalah kawan perempuan saya. Seolah-olah saya adalah seorang pencuri atau seorang yang melakukan jenayah yang mahu menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain. Sudah pasti keadaan ini berterusan dan menjadi bertambah rumit. Saya mula keluar dengannya, kemudian kami berbicara tentang beberapa perkara yang kemudiannya bertukar menjadi perbincangan tentang perkara-perkara haram dan akhirnya kami terlibat melakukan dosa dan kesalahan.

dua hati

Saya terpedaya dengan sembahyang, sifat beragama saya dan pendidikan saya sebelum ini bahawa itu semua akan menghalang saya daripada terjerumus ke lembah maksiat. Saya menyangka bahawa syaitan jauh daripada saya dan tidak akan dapat memujuk saya. Sebagaimana biasa, si lelaki itu meninggalkan saya selepas berlaku beberapa masalah antara kami dan sudah tentu saya merasa amat terkejut dan tertekan kerana selepas dia meninggalkan saya, saya merasa sudah tidak ada orang lain yang berhak untuk saya sayangi. Dia pula sentiasa memainkan sentimen bahawa saya tidak mencintainya lagi kerana jika saya mencintainya nescaya saya akan melakukan segala tuntutannya. Dia juga mahu menggambarkan kecintaannya kepada saya yang pada pandangannya boleh sampai kepada umpama hubungan suami isteri!! Sudah pasti keadaan ini menimbulkan banyak perkara haram lain. Setiap kali saya pulang ke rumah, saya merasa takut untuk melelapkan mata kerana saya bimbang Allah mencabut nyawa saya ketika tidur sedangkan saya tidak mampu berhadapan dengan Allah dalam keadaan tersebut. Saya masih belum mempunyai persediaan untuk mati, sehingga saya merasa saya berada dalam keadaan meluat yang luar biasa.

Pada suatu hari, saya tahu bahawa dia menghadiri suatu kuliah agama. Saya berkata kepada diri saya. Alangkah baik jika saya juga pergi kerana saya tahu kuliah agama itu dihadiri oleh budak-budak lelaki dan perempuan. Oleh kerana saya tidak tahu apakah tajuk kuliah agama sebelum ini, maka pada mulanya saya mahu mengadukan budak lelaki tersebut kepada si ustaz yang menyampaikan kuliah agar menyuruh dia kembali kepada saya dan berjanji di hadapan si ustaz untuk tidak melakukan sebarang kesalahan lagi.

Tetapi sudah pasti saya dapati keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Si ustaz bercakap tentang perasaan seseorang mukmin terhadap Tuhannya dan bagaimana seharusnya ia berlaku. Ia adalah sebuah pengajaran yang menarik sehingga saya merasa bahawa saya sebelum ini amat dahaga tetapi sekarang dahaga saya telah hilang dan seolah-olah kehidupan saya mempunyai gaung yang dalam dan pada hari ini ia telah dipenuhi. Saya keluar daripada tempat kuliah agama itu seolah-olah saya ingin memeluk dan mendakap semua kawan-kawan perempuan saya dan mengucup mereka. Saya merasa seolah-olah saya mahu mengusap kepada orang ramai di jalanan sehingga saya merasa saya tidak berfikir bahawa saya pernah melakukan kesalahan. Saya juga bercita-cita untuk bertaubat dan saya yakin bahawa Allah swt telah mengampunkan dosa saya.

Oleh kerana Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mulia, Maha Penyayang dan Maha Besar dan dengan kelebihanNya, saya sekarang sudah mula mengajar orang membaca al-Quran dan mula tersusun dalam segala urusan saya. Saya bermohon daripada Allah agar menjadikan saya sebagai sebab kepada hidayah yang diperoleh oleh orang lain. Saya cuba untuk memimpin tangan orang lain sehingga saya boleh memimpin tangan saya sendiri. Saya melakukan beberapa perkara yang tidak tergambar dalam fikiran saya bahawa saya boleh melakukannya sebelum ini sama sekali. Segala puji bagi Allah swt. Sekarang saya merasa bahawa saya memang telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi mati. Sekarang saya merasa tenang dan tidak lagi takut. Saya berharap Allah memberikan saya segala kebaikan kerana Allah sentiasa berada pada sangkaan hambaNya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kisah ini secara mudahnya ialah proses penukaran yang dialami oleh seorang anak gadis daripada mencintai seorang lelaki kepada cintakan Allah swt. Jika saya memulakan dengan memberikan nasihat kepada seseorang anak gadis agar dia mengasihi Allah daripada mengasihi seorang lelaki, nescaya anda akan ketawakan saya. Tetapi sekarang setelah anda membaca kisah ini, saya mampu mengatakan demikian setelah kita sama-sama membaca kisah tersebut daripada mulut si gadis yang mengalaminya sendiri.

Petikan dari risalah Suara Hati (cinta) oleh Ustaz Amru Khalid
terjemahan: Ust Anwar

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, motivasi, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s