Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah KRIM DHL mendapat sambutan hangat


Gambar sebelum perlawanan

Kelab Remaja ISMA Daerah Hulu Langat telah menganjurkan satu kejohanan bolasepak remaja pada hari Ahad, 6 Mei 2007 yang lalu.

Kejohahan yang diberi nama Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Remaja DHL tersebut telah diadakan di padang bolasepak B dan C Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan telah berjaya menarik minat 10 pasukan remaja. Proses undian dan taklimat kejohahanan telah diadakan sehari sebelum kejohahan. Pasukan-pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada dua kumpulan seperti berikut:-

Antara pasukan-pasukan yang bertanding ialah:-

Kumpulan Satu

1. Pasukan Abu Bakar (Bangi 4 Tambahan)

2. Pasukan Umar (Bangi 4 Tambahan)

3. Pasukan Bangi 4 Junior (Gabungan remaja bangi 4 dan desa surada)

4. Pasukan Bangi 3

5. Pasukan Sekolah Menengah Teknik Sepang

Kumpulan Dua

6. Pasukan Al `Amirin (Bangi 4/9)

7. Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7)

8. Pasukan Taman Kantan Permai Kajang

9. Pasukan Bangi 7

10. Pasukan Bangi 3 Junior

Pada pagi hari kejohanan tersebut, perlawanan terpaksa bermula lewat 20 minit daripada jadual asal disebabkan hujan. Walaupun begitu kemeriahan kejohahan jelas kelihatan sebaik sahaja perlawanan pertama dimulakan. Tidak dapat dinafikan kelancaran program ini telah banyak dibantu oleh petugas-petugas kejohanan yang berdedikasi disamping pengadil-pengadil professional iaitu Abg Din dan En Hasbullah yang telah berjaya mengawal perjalanan perlawanan dengan baik. Tahniah juga kepada para pemain semua pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi disamping ucapan terima kasih kepada para ibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Sekolah Menengah Teknik Sepang , Bangi 3, Pasukan Al `Amirin (Bangi 4/9) dan Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) telah layak ke peringkat separuh akhir.

Debaran separuh akhir pertama dan kedua diteruskan selepas 15 minit rehat. Perlawanan separuh akhir pertama telah menemukan juara kumpulan satu; Sekolah Menengah Teknik Sepang dengan Naib johan kumpulan dua iaitu pasukan Al `Amirin (Bangi 4/9) sementara separuh akhir kedua melibatkan pasukan Bangi 3 dan Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) .

Kedua-dua perlawanan berlangsung dengan sengit dan berkesudahan dengan pasukan Sekolah Menengah Teknik Sepang menang ke atas pasukan Al `Amirin (Bangi 4/9) dengan jaringan 2- 1 dan layak ke perlawanan akhir.

Sementara itu keputusan penuh separuh akhir kedua pula berkesudahan dengan Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) tunduk kepada Bangi 3 dengan jaringan 1 – 2 dan sekadar berpuas hati untuk bermain di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan akhir dan perlawanan menentukan tempat 3 dan 4 telah dijalankan secara serentak.

Perlawanan akhir di antara Sekolah Menengah Teknik Sepang dan Bangi 3 diibaratkan perlawanan membalas dendam di antara kedua-dua pasukan kerana di peringkat liga, Bangi 3 telah menewaskan mereka dengan jaringan 1 – 0.

Walaupun begitu, pasukan Sekolah Menengah Teknik Sepang tidak berputus asa dan telah melancarkan serangan sebaik sahaja wisel pemula ditiupkan. Hasilnya mereka berjaya mendahului dengan jaringan 1- 0 pada separuh masa pertama. Perlawanan berlangsung agak sengit pada separuh masa kedua dan pada kali ini pasukan Bangi 3 berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Pada akhir minit-minit perlawanan, pasukan Sekolah Menengah Teknik berjaya menyumbat gol kemenangan dan sekaligus mengesahkan kejuaraan mereka dalam edisi kejohanan 2007 ini.

Sementara itu, perlawanan di padang sebelah yang menemukan kembali pasukan Pasukan Al `Amirin (Bangi 4/9) dan Pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) tidak kurang hebatnya.

Perlawanan berlangsung agak sengit dengan masing-masing membalas serangan. Perlawanan berkesudahan 0-0 pada separuh masa pertama. Rentak perlawanan pada separuh masa kedua semakin rancak dengan masing-masing terdesak mecari gol pertama. Kedua-dua pasukan tidak mahu mengalah namun semangat kesukanan yang tinggi tetap ditonjolkan dalam perlawanan ini. Pada penghujung separuh masa kedua ini, sepakan cantik jarak jauh pemain sayap kiri Teratai United ( Bangi 4/7) telah menerjah jaring di penjuru kanan tiang gol dan sekaligus mematikan rentak permainan pasukan Al `Amirin (Bangi 4/9). Tiupan wisel penamat daripada pengadil mengesahkan kemenangan pasukan Teratai United ( Bangi 4/7) merebut tempat ketiga.

Penyampaian hadiah

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Yang Di Pertua ISMA Hulu Langat iaitu Ustaz Muhamad Ismail diiringi oleh Saudara Azib selaku ketua KRIM DHL.

KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH REMAJA DHL

Johan : Sekolah Menengah Teknik Sepang

Naib Johan: Bangi 3

Ketiga: Teratai United ( Bangi 4/7)

Keempat: Al `Amirin (Bangi 4/9)

Sedutan Video Perasmian

Advertisements

1 Komen

Filed under Aktiviti, info krim DAERAH HULU LANGAT, Kejohanan Sukan

One response to “Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah KRIM DHL mendapat sambutan hangat

  1. no wonder a doang menang
    training un cam gempak je
    huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s