Para Remaja – Apakah Kewajipanmu? – Ke arah KEMATANGAN (Siri 1)

Remaja di dalam proses mencapai yang kematangan sebenar hendaklah memahami tiga persoalan ini:-

1. Bagaimanakah hendak menjadi insan yang soleh?
2. Bagaimanakah hendak menjadi muslim yang sejati?
3. Ke arah mencapai kejayaan?

Objektif daripada tiga persoalan pokok ini adalah:-

a. Hubungan yang selaras dengan zat/diri
b. Hubungan yang baik dan intim dengan Allah
c. Hidup sejahtera dalam masyarakat

Latar belakang kepada tiga persoalan pokok ini pula:-

Seorang pendakwah di alaf ini telah menggariskan sepuluh sifat yang perlu dimiliki dan menjadi pakaian setiap individu muslim; setelah beliau membuat penelitian yang mendalam hal ehwal umat Islam. Beliau menegaskan untuk memulakan kembali kehidupan yang telah lama hilang dan mengembalikan keagungan silam umat Islam selepas wujudnya fardhu muslim yang mempunyai sepuluh ciri-ciri tersebut. Sepuluh sifat ini merupakan lonjakkan yang sahih ke arah mencapai kejayaan:

1. Kuat Tubuh Badan
2. Akhlak Yang Mantap
3. Fikiran yang Berpengetahuan
4. Mampu Berusaha
5. Aqidah Yang Sejahtera
6. Ibadat Yang Sahih
7. Mujahid Untuk Dirinya
8. Menjaga Waktu
9. Teratur Urusannya
10. Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

1. BAGAIMANAKAH HENDAK MENJADI INSAN YANG SOLEH?

Untuk menjadi manusia, setiap orang mesti memiliki:-

i. Tubuh Badan Yang Kuat
ii. Akhlak Yang Mantap
iii. Fikiran Yang Berpengetahuan
iv. Mampu Untuk Berusaha

i. Memiliki Tubuh Badan Yang Kuat

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim; Rasulullah saw bersabda maksudnya:

“Orang mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah dari
orang mukmin yang lemah”

Dua faktor utama untuk memiliki tubuh badan yang kuat:

a. Kekuatan fizikal

Di peringkat remaja berusia di antara (17-19 tahun), mereka telah mencapai tahap yang tertinggi dalam proses pembesaran dan perkembangan otot-otot tubuh badan. Perkembangan ini akan menjadi lebih sempurna sekiranya para remaja dapat memelihara tiga perkara penting dalam pembinaan kekuatan tubuh badan.

• Pemakanan
• Riadhah / Bersukan
• Membebaskan diri dari tabiat-tabiat yang buruk

b. Kekuatan rohani

Tiga faktor yang dapat memberi kekuatan jiwa:-

• Menahan Kemarahan
Ialah tanda kematangan dalam membuat tindakan balas. Oleh itu Rasululah saw bersabda; maksudnya “Bukanlah kekuatan itu dengan kuat bertinju, sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal kemarahan ketika marah”

• Kemampuan berbincang / berdialog
Apabila para remaja dapat mempelajari adab-adab berbincang, di antara perkara utama dalam berbincang ialah dapat menerima perbezaan pendapat dan sabar mendengar pendapat. Sekira ini dapat diterima oleh remaja ia akan dapat memelihara dari berbagai-bagai penyakit jiwa antaranya ganas dan mengasingkan diri.

• Iffah / Menjaga Kehormatan Diri
Kemampuan unuk mengatasi dari terkesan dengan kemahuan seks dan tidak melampiaskannya pada perkara yang dimurkai oleh Allah. Bermula dengan memelihara mata dari perkara-perkara haram, diikut dengan menjauhkan diri dari tabiat mengeluarkan mani dengan tangan dan kemuncaknya menjauhkan diri dari zina.

Di antara wasilah memelihara kehormatan diri, yang utama ialah mengenali dan menghormati nilai diri, menjaga pandangan mata, menjauhi pergaulan bebas, menjauhi diri dari berkhalwat, melakukan perkara ketaatan kepada Allah, merasa lazat beribadat kepada Allah dan menggunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah.

ii. Memiliki Akhlak Yang Mantap

Di marhalah ini para remaja hendaklah mempunyai beberapa himpunan ketetapan akhlak yang menjadi pegangan mereka. Adalah suatu perkara yang pelik seorang pemuda begitu kuat berpegang sikap bercakap benar dan menunaikan amanah tetapi dalam masa yang sama dia seorang yang tidak berakhlak dalam perhubungan dengan wanita. Begitu seorang pemuda bersikap berani tetapi dalam masa yang sama mulutnya amat celupar dan tidak ada perasaan malu dan berbagai-bagai keadaan lagi.

Akhlak mulia merupakan tiang seri bagi kehidupan bahkan dalam agama Islam ia merupakan paksi utama yang di atasnya tertegak agama. Imam Ahmad meriwayatkan, daripada Abi Hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda; maksudnya “ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”.

Ketika mana Rasulullah saw menggalakan para sahabatnya untuk tinggal berdekatan dengan beliau bahkan menjadi jirannya di dalam syurga. Rasulullah saw memberitahu sahabat-sahabatnya jalan tersebut ialah berakhlak mulia. Imam At Tarmizi meriwayatkan daripada Jabir, bahawa Rasulullah saw bersabda:
maksudnya “Sesungguhnya orang yang paling aku suka dikalangan kamu, dan orang yang paling hampir kedudukannya dengan aku di hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang aku benci dikalangan kamu, dan orang yang paling jauh kedudukannya dengan aku di hari kiamat adalah orang yang banyak bercakap, orang yang mulutnya celupar dan orang yang takabur”.

Setelah kita mendengar dan membaca hadis-hadis ini, adakah kita masih memerlukan dalil-dalil yang lain untuk menjelaskan kedudukan akhlak mulia di dalam kehidupan manusia?

Akhlak Munafiq

Sekiranya seseorang mempunyai salah satu dari sifat-sifat keji ini, maka dia termasuk dikalangan orang yang munafiq. Imam Bukhari meriwayatkan: dari Abi Hurairah r.a dari Rasulullah saw bersabda maksudnya “Tanda munafiq tiga perkara, bila bercakap ia berdusta, bila berjanji ia mungkiri, bila diberi amanah ia khianati”.

Imam Bukhari meriwayatkan: dari Abdullah bin Amru bahawa Nabi saw bersabda:
maksudnya “ Empat perkara, barang siapa yang ada padanya sifat-sifat ini ia adalah munafiq yang sebenar, dan barang siapa yang ada padanya salah satu dari sifat-sifat ini maka ia ada salah satu bahagian munafiq padanya sehinggalah dia meninggalkannya, apabila diberi amanah ia khianati, bila bercakap ia berdusta, bila berjanji ia mungkiri dan bila bergaduh ia melampau” dalam riwayat Imam Muslim maksudnya “jika sekalipun ia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa ia seorang muslim”.

Ingatlah!!! Firman Allah Taala:
maksudnya “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu dicampak pada tingkatan yang paling bawah dari neraka”
An-Nisa’ 145

bersambung…

————————–
Artikel oleh : MOBIS
dipetik dari www.ismaweb.net/ISMA/Article58.phtml

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under akhlak islamiah, Ibadah yang SEMPURNA, motivasi, Tazkirah dan peringatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s