Kem Remaja ISMA (KERIS) 2006

BANTING – Alhamdulillah, pada 15 – 18 Disember 2006 yang lalu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah sekali lagi berjaya menganjurkan Kem Remaja ISMA Nasional (KERIS) bagi tahun 2006. KERIS 2006 telah diadakan di Akademi Latihan Inovasi & Motivasi (ALIM) yang terletak di Jugra Banting, Selangor. Bertemakan ‘Menggugah Remaja Menilai Tempat Berpijak’, seramai 108 peserta dari pelusuk tanahair yang terdiri daripada 72 remaja lelaki dan 36 remaja perempuan telah menyertai KERIS pada kali ini. Terdapat juga peserta remaja yang berasal dari Aceh dan Kemboja turut mengambil bahagian. Pelajar remaja yang hadir adalah di dalam lingkungan umur 12 – 18 tahun. Pada KERIS kali ini, para peserta telah didedahkan dengan 70 peratus aktiviti fizikal dan 30 peratus aktiviti berbentuk pengisian ilmiah. Pihak penganjur juga telah mendapatkan khidmat jurulatih-jurulatih bertauliah dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti lasak.

Hari pertama KERIS 2006 merupakan sesi pendaftaran , sesi bertaaruf dan perasmian oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. Pada keesokkan harinya, selepas aktiviti kawad, para peserta didedahkan dengan pengisian yang bertajuk ‘Remaja Malaysia & Cabaran’ yang disampaikan oleh En. Shahrul Aman.

Selepas pengisian, aktiviti EXPLOKERIS bermula. Peserta lelaki telah dibahagikan kepada 7 kumpulan manakala peserta perempuan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap peserta mendapat sehelai T-shirt KERIS 2006 yang direka mengikut kumpulan masing-masing. Pada EXPLOKERIS, para peserta dikehendaki berjalan sejauh 5km menuju ke arah Pantai Kelanang. Semasa dalam perjalanan para peserta diuji dengan pelbagai aktiviti fizikal dan minda. Di pantai, aktiviti berkumpulan seperti membuat bendera kumpulan dan pertandingan mencipta dan menaikkan layang-layang telah berlangsung. Para peserta juga dikehendaki memasak makan tengahari mengikut kumpulan masing-masing.

Pada sebelah malamnya pula, peserta lelaki telah dibawa mendaki bukit Jugra yang terletak berhampiran dengan kawasan kem manakala peserta perempuan menjalani aktiviti di dalam kem.

Seterusnya pada pagi hari ketiga KERIS 2006, selepas aktiviti kawad, para peserta didedahkan dengan pengisian kedua yang bertajuk ‘Remaja – Bekerja Melalui ISMA’. Pengisian telah disampaikan oleh En Mohd Nor Azib Asmangi yang merupakan Setiausaha KRIM Pusat. Selepas pengisian, para peserta menjalani aktiviti-aktiviti lasak seperti kayak, ‘river crossing’, ‘obstacle course’ dan ‘skill test’. Pada sebelah petangnya pula, aktiviti sukaneka dilakukan. Malam Kesenian Islam telah berlangsung pada sebelah malam. Persembahan yang menarik telah dilakukan sendiri oleh para peserta. Selain lagu wajib (nasyid pemuda), kebanyakan kumpulan telah mempersembahkan pantomin atau lakonan yang sangat menarik dan membawa mesej yang tersendiri.

Hari terakhir KERIS merupakan upacara penutup oleh Penasihat KRIM iaitu En Zain bim Shaari. Sebelum itu para peserta telah menjalani sesi bengkel yang membincangkan tindakan-tindakan atau resolusi yang akan diambil oleh setiap peserta apabila pulang ke kawasan masing-masing. Pada upacara penutup, hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan kepada setiap kumpulan.

Respon daripada peserta, rata-rata berpuas hati dengan program pada kali ini dan telah mencapai objektif yang telah digariskan. Namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk program-program akan datang.

Diharapkan KERIS 2006 menjadi pemangkin kepada Biro Remaja setiap kawasan untuk mengambil tindakan susulan bagi menggerakkan lagi usaha membangunkan potensi remaja di Malaysia.

Laporan oleh: Shahrir Rizal b. Kasjoo (Setiausaha KERIS 2006)

1 Komen

Filed under Aktiviti, Camping, info KRIM nasional

One response to “Kem Remaja ISMA (KERIS) 2006

  1. Tanpa Nama

    Asm.

    Tahniah dan Jzkk kepada semua yang berusaha. Sesungguhnya apa yg kita fahami ialah amal tajmie remaja yang kita buat ini adalah sebahagian daripada perancangan dakwah ISMA. Bukannya aktiviti untuk memenuhi takwim dan masa lapang. Matlamat kita ialah melahirkan sekumpulan generasi penerus dakwah. Semoga Allah memberikan kekuatan dan taufiq.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s