JOM CAMPING KRIM DHL CAPAI MATLAMAT

Program Jom Camping anjuran KRIM DHL yang diadakan pada 25-27hb di Kuala Linggi baru-baru ini telah mencapai matlamat untuk mengumpulkan remaja di sekitar Hulu Langat dan Sepang. Program 3 hari 2 malam itu telah disertai seramai 47 remaja lelaki dan 18 remaja wanita yang majoritinya adalah baru pertama kali menyertai program anjuran KRIM. Pihak penganjur percaya kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama semua pihak lebih-lebih lagi ibu bapa yang memberikan kepercayaan dan harapan tinggi kepada ISMA.

“Kita berterima kasih kepada ibu-bapa remaja yang memberikan kepercayaan kepada KRIM untuk membimbing adik-adik ini dan kami berharap mereka akan terus bersama KRIM dalam aktiviti-aktiviti pembangunan insan akan datang” ujar Sdr. Mohd Noor Azib Ketua Biro Remaja ISMA Hulu Langat.

    Peserta menerima sijil penyertaan

Kejayaan ini menguatkan lagi azam ahli jawatankuasa Biro Remaja ISMA Hulu Langat untuk mencapai sasaran mengumpulkan seramai 1100 orang remaja sehingga tahun 2010.

Sdr. Azib yang juga merupakan Setiausaha Biro Remaja ISMA pusat berharap aktivisme pembangunan remaja di tempat-tempat lain dapat juga diperhebatkan bagi memastikan sasaran keahlian remaja seramai 15,000 orang seluruh negara pada tahun 2010 dapat dicapai.

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Camping, info krim DAERAH HULU LANGAT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s