MABIT bulanan KRIM Kelantan kumpulkan para remaja

Kota Bharu, 30 SeptemberBertempat di pejabat ISMA Kota Bharu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah berjaya menganjurkan MABIT buat kali pertama selepas Hari Raya Aidilfitri. MABIT yang menghimpunkan remaja dari sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu ini mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah antara mereka.

Menurut pengarah program saudara Mohd Razib Bin Abdul Rahim, program ini dilaksanakan pada minggu keempat setiap bulan dan pada keesokan paginya semua peserta yang terlibat akan mengikuti program terakhir dengan bermain futsal bersama ahli-ahli ISMA yang lain.

Salah seorang peserta ketika ditanya apakah perasaan beliau bila berada di dalam program seperti ini, beliau menjawab bahawa program seperti ini dapat memberikan rasa manis beribadah secara jamai’ (berkumpulan) dan dapat mempertemukannya dengan kawan-kawan dari berlainan tempat, ujar adik Mohd Hafizol Naim Bin Jaafar.

Moga program seperti ini dapat membina jatidiri remaja muslim agar mampu menghadapi rintangan hidup yang mendatang.

Sumber: Laman Web ISMA Kelantan

Tinggalkan Komen

Filed under Aktiviti

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s