Kubang Pasu, 28 September – Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah mengadakan satu Seminar Pendidikan Kerjaya di SMS Kubang Pasu. Program ini telah mendapat penyertaan dari 10 sekolah sekitar daerah Kubang Pasu dan Alor Setar dengan jumlah peserta kira-kira 380 orang.
Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai aliran pendidikan yang boleh disertai selepas tamat persekolahan.
Program diteruskan dengan ceramah kerjaya yang membariskan 6 orang penceramah yang mewakili bidang perubatan, perakauanan, kejuruteraan, perundangan, perniagaan dan agama. Antaranya iaitu Dr Ummu Harieza bt Abdul Aziz, Pegawai Perubatan di Klinik Perubatan Kangar; Puan Rohaida bt Abdul Latif, Pensyarah Perakaunan UUM; En Hamzah bin Sakeran, Pensyarah Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan di UMP; En Mohd Luttfi b Abd Khalid, Peguam Syarie; Puan Hasifah bt Zainuddin, Pengurus Kumpulan Tadika Nur Syifa; dan Ustaz Riduan b Ahmad, Pensyarah Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Sungai Petani.
Perbincangan forum ini berkisar tentang pengalaman penceramah semasa mereka belajar dan pengalaman bekerja. Banyak tip-tip berharga yang boleh dikutip oleh adik-adik peserta antaranya pelajar mesti mempunyai matlamat mengapa mereka belajar, usaha yang berterusan untuk menjadi pelajar yang berjaya, menguasai bahasa dengan baik sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab ataupun bahasa-bahasa lain. Semoga dengan perkongsian pengalaman oleh para penceramah akan meniup semangat adik-adik peserta untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan dan mendapat gambaran awal tentang alam pekerjaan.
Program terakhir iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr Haji Mohd Arif b Mat Noor yang memberi tips-tips kejayaan iaitu fokus terhadap apa yang hendak dicapai. Penyampaian secara bersantai itu diharapkan dapat memberi satu lonjakan kepada adik-adik peserta untuk mencapai apa yang diimpikan dalam hidup mereka.
Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Dr Zulkifli bin Yusof, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kedah.
Sumber: Blog ISMA Kedah




salam.saya pengawas sm sains kubang pasu (KUPSIS) dan saya menyertai seminar ini.pada pendapat saya,seminar dan forum ini amat berguna.penganjuran aktiviti seperti ini amat ditunggu oleh para pelajar.terima kasih
salam,
adik Nurul Fitriah, alhamdulillah, tahniah kerana berjaya mengikuti program ini dengan jayanya, semoga Allah memberkati dan merahmati adik dan kawan-kawan. semoga terus sukses in sya Allah.