KRIM Gombak anjur Seminar Pendidikan Kerjaya Daerah Gombak 2010

Gombak, 10 April 2010. Sekali lagi Kelab Remaja ISMA cawangan Gombak melakar sejarah dalam memperkasakan agenda dan halatuju Remaja apabila dengan jayanya menganjurkan Seminar Pendidikan Kerjaya peringkat daerah Gombak 2010. Program yang dianjurkan dengan usahasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak ini telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak yang merupakan antara sekolah yang terbaik di negara ini.

Dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pentingnya kesedaran memilih kursus pengajian dan kerjaya yang betul, program ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 350 pelajar cemerlang tingkatan 4 dan 5 daripada 18 buah sekolah dari seluruh daerah Gombak.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Hafizan Abdul Wahab, Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Gombak selaku penganjur utama seminar yang antara lain menegaskan KRIM akan sentiasa mengambil inisiatif untuk memainkan peranan penting di tengah-tengah masyarakat kea rah melahirkan generasi remaja yang beriltizam dan mampu membuat perubahan kendiri yang positif.  Majlis ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh En Abdul Aziz B Ismail, Pegawai Kaunseling dan Hal Ehwal Murid, PPD Gombak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengalu-alukan dan akan sentiasa memberi sokongan ke atas usaha-usaha NGO seperti KRIM dalam menyumbang ke arah kecemerlangan para pelajar. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin informasi yang berguna demi membantu memilih kerjaya yang betul di masa hadapan.

Turut hadir ke majlis perasmian ialah Encik Aminudin Yahya, Setiausaha Agung ISMA yang telah menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada PPD Gombak dan tuan rumah SBPI Gombak. Majlis perasmian diakhiri dengan lawatan ke tapak pameran Pendidikan tinggi yang telah disertai oleh beberapa IPTA dan IPTS terkemuka di tanah air di antaranya UKM, UPM, UNISEL, UNIKL,  Murni Nursing College, MAHSA College dan beberapa lagi.

Majlis diteruskan dengan ucaptama seminar yang bertajuk ‘’Halatuju selepas SPM: Apa pilihan saya?’’ yang telah disampaikan dengan berkesan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Badhrulhisham B Abdul Aziz, Pengarah Pusat Pembangunan Kualiti dan Korporat, Universiti Malaysia Pahang, juga merupakan seorang tokoh cemerlang Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Pahang. Dalam ucaptamanya, beliau telah memperincikan elemen yang perlu ada pada setiap pelajar untuk bersaing dalam dunia yang berasaskan pengetahuan ataupun ‘ Knowledge-Based Era’. Beliau turut memberi penekanan kepada perlunya pelajar berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran bukan akademik (soft skills) dan rohani demi memastikan ‘kebolehpasaran’ berjaya dibentuk dalam diri masing-masing.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil daripada PETRONAS yang memberi taklimat mengenai peluang penajaan yang ditawarkan untuk para pelajar yang cemerlang. Slot yang dinanti-nantikan oleh semua peserta ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Encik Aznan Saad, Pengurus Pembangunan Pelajar dari Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS. Beliau menegaskan persaingan  untuk merebut peluang penajaan pendidikan PETRONAS yang ditawarkan sangat sengit dimana faktor akademik semata – mata tidak lagi relevan dan kemahiran bukan akademik turut menjadi pra syarat.

Seterusnya, para pelajar dibawa menyelusuri pengalaman hidup seorang tokoh contoh, Wan Ibrahim, yang merupakan seorang ahli ISMA Daerah Hulu Langat menerusi Slot Inspirasi. Beliau merupakan calon penuntut PHD dalam bidang Teknologi Aeroangkasa di University of Manchester, United Kingdom yang sebelum ini mendapat Ijazah dan Sarjana Kelas Pertama di University of  Minnesota, USA dan University of Sydney, Australia. Graduan muda ini telah berjaya memukau hati pelajar dan menjadi sumber inspirasi untuk berjaya seperti beliau.

Seminar Kerjaya ini diakhiri dengan Slot Bengkel, di mana para peserta dibahagikan kepada lima bidang kerjaya kritikal seperti: Geosains, Kejuruteraan, Perubatan, Perakaunan dan Perguruan. Kesemua bidang kerjaya ini diwakili oleh tokoh-tokoh professional KRIM Gombak yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Agak mengejutkan apabila mendapati hampir separuh dari para peserta berminat untuk menjadi akauntan berbanding dengan kerjaya-kerjaya kritikal lain. Melalui slot bengkel ini, rata-rata para pelajar mendapat pelbagai perkongsian pengalaman kerjaya yang boleh membakar semangat mereka untuk terus berusaha menggapai cita-cita yang diimpikan.

krim GOMBAK

About these ads

Tinggalkan komen

Filed under Aktiviti, Berita Semasa, info krim GOMBAK, Program di SEKOLAH, Seminar dan Kem Akademik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s