Cuti sekolah yang bakal menjelang tiba lewat hujung minggu ini pastinya suatu yang dinantikan oleh para pelajar pelbagai peringkat umur. Kelab Remaja ISMA (KRIM) juga turut teruja untuk bersama meraikan ketibaan cuti panjang dengan variasi aktiviti yang menarik.
KERIS 09 atau Kem Eksplorasi Remaja Islam menyasarkan penyertaan pelajar menengah tinggi Tingkatan 1-4. Butiran program adalah seperti berikut:
- Tarikh: 4-6 Disember 2009
- Tempat: Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal.
- Yuran: RM 80.00 seorang
Antara aktiviti yang dirancang adalah melibatkan para remaja dengan aktiviti kemasyarakatan dalam rangka menerapkan sensitiviti sayang komuniti setempat, aktiviti lasak seperti war games, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.
KERIS antara lain juga menampilkan kelainan berbanding program cuti sekolah yang lain dengan menyemai rasa kehambaan dalam aktiviti kerohanian, qiyamullail, tazkirah dan lain-lain.
Justeru, KRIM menyeru ibu dan bapa yang berminat untuk tidak melepaskan peluang dan berlengah untuk mendaftarkan anak mereka dalam KERIS 09. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi urusetia seperti di bawah:
- Cikgu Razak : 019-6225284
- Bro Mursyidi : 013-2070696
- Sis. Amalia : 013-2668701



Pingback: Program Cuti Sekolah KRIM 2009 « Kelab Remaja ISMA
Pingback: Bulan Disember Bulan KRIM. Jom Anak-Anak!! « ISMA Melaka | Membina Generasi Harapan
Pingback: Bulan Disember Bulan KRIM. Jom Anak-Anak!! : ISMA Melaka | Membina Generasi Harapan
Salam
Nk tau, anak2 yang umur berapa sesuai pergi program ini?