Sintok, 9-11 April – Program Wacana Motivasi Remaja telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah mengumpulkan pimpinan-pimpinan pelajar badan agama Islam sebanyak 14 buah sekolah di seluruh negeri Kedah dengan jumlah pelajar mencecah 100 orang pelajar putera dan puteri. Empat jenis sekolah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MARA), sekolah aliran agama dan sekolah harian biasa telah dijemput untuk menyertai program ini. Program ini merupakan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) zon utara yang merupakan siri kedua bertempat di University Inn, UUM.
Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur bagi program tersebut yang rata-ratanya melibatkan aktiviti dalaman. ‘Forum Kerjaya dan Kepimpinan’ telah menampilkan ahli-ahli panel daripada ISMA Kedah yang mempunyai pelbagai latar belakang mereka tersendiri. Antara ahli panel yang hadir ialah Dr Zulkifli Yusof, merangkap pengerusi ISMA Kedah dan beliau kini bertugas sebagai doktor Pakar hidung, telinga dan tekak di Hospital Sultanah Bahiyah. Forum kali ini turut menampilkan Ustaz Kashfi (penasihat KRIM Kedah) dan Puan Zaireen (Jurutera Petronas) berjaya mengupas setiap persoalan dengan baik mengikut bidang kepakaran masing-masing dengan dibantu oleh celoteh yang bergitu bersahaja, pengerusi forum Tuan Haji Arif bin Mat Nor. Beliau juga merupakan salam seorang motivator terkenal di negeri Kedah.
Slot ceramah malam oleh Sir Azman yang didatangkan khas dari Maktab Mahmud Pokok Sena dan ‘Motivasi Alam’ yang dikendalikan oleh Tuan Haji Arif ternyata memberi impak positif kepada para peserta di mana para pelajar telah didedahkan dengan gaya-gaya kepimpinan dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin agar kepimpinan tersebut selari dengan apa yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri.
Sesi pembentangan oleh para peserta sewaktu slot ‘Motivasi Alam’ dan ‘Latihan Dalam Kumpulan’ (LDK) berjaya mencungkil bakat-bakat baru kepimpinan para peserta yang rata-ratanya dilihat amat berpotensi untuk diketengahkan sebagai pimimpin masyarakat pada masa hadapan. Masa yang diperuntukkan ternyata tidak mencukupi untuk para peserta membuat pembentangan kerana masing-masing mempunyai idea-idea bernas untuk dibincangkan semasa pembentangan.
Bagi KRIM Kedah, program kali ini berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu membekalkan peserta dengan kefahaman dan kemahiran yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti kerohanian di sekolah masing-masing disamping menjadikan program ini sebagai medan kepada para pemimpin pelajar bertukar pendapat dan idea sesama mereka untuk diaplikasi di sekolah masing-masing. KRIM Kedah mengharapkan agar para peserta dapat menggunakan sebaik mungkin pengalaman yang diperoleh semasa WMR kali ini agar dapat memberi sumbangan berharga kepada diri dan sekolah masing-masing.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak YADIM di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini demi merealisasikan hasrat melahirkan kepimpinan masa depan yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik malah dari sudut akhlak dan sahsiah Islam.

adakah kem ini anjuran bersama kementerian pelajaran malaysia? (jambori 6 – 9 jun 2009)
terimakasih
Sesi pembentangan oleh para peserta sewaktu slot ‘Motivasi Alam’ dan ‘Latihan Dalam Kumpulan’ (LDK) berjaya mencungkil bakat-bakat baru kepimpinan para peserta yang rata-ratanya dilihat amat berpotensi untuk diketengahkan sebagai pimimpin masyarakat pada masa hadapan. Masa yang diperuntukkan ternyata tidak mencukupi untuk para peserta membuat pembentangan kerana masing-masing mempunyai idea-idea bernas untuk dibincangkan semasa pembentangan.
Bagi KRIM Kedah, program kali ini berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu membekalkan peserta dengan kefahaman dan kemahiran yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti kerohanian di sekolah masing-masing disamping menjadikan program ini sebagai medan kepada para pemimpin pelajar bertukar pendapat dan idea sesama mereka untuk diaplikasi di sekolah masing-masing. KRIM Kedah mengharapkan agar para peserta dapat menggunakan sebaik mungkin pengalaman yang diperoleh semasa WMR kali ini agar dapat memberi sumbangan berharga kepada diri dan sekolah
chayoo…!!!!!!!