Program Motivasi Pelajar: ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’

Kampung Lapan, 23 Februari - Segala puji bagi Allah atas limpah hidayahNya, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Lapan telah berjaya menganjurkan Program Motivasi Pelajar; ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’ di Surau Kampung Lapan. Kejayaan seumpama ini merupakan satu kegembiraan yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat justeru kedua-dua pihak memiliki aspirasi yang sama yang perlu dikecapi daripada program ini iaitu sebagai satu usaha padu ‘Ke Arah Pembentukan Generasi Wawasan’. 

kg-lapan-1.png

Ternyata, program tersebut mendapat sambutan masyarakat apabila terdapat seramai 36 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan dari Kampung Lapan dan sedikit dari kawasan sekitarnya menyertai program ini. KRIM yakin bahawa angka yang besar ini merupakan salah satu hasil daripada galakan dan sokongan tenaga yang dicurahkan oleh penduduk Kampung Lapan memandangkan tugasan menyebarkan maklumat tentang program adalah dikendalikan oleh mereka. Bukan setakat itu sahaja, ibu-ibu di kalangan penduduk Kampung Lapan juga bersusah-payah menyediakan juadah makanan yang enak kepada para peserta.

Majoriti daripada para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan selebihnya adalah pelajar sekolah rendah. Program yang dimulakan seawal 9.30 pagi dengan sesi pendaftaran telah disusuli dengan Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Lapan. Kemudian, program diteruskan pula dengan tayangan video tentang remaja sebelum pembentangan ceramah motivasi pelajar oleh Pengarah KRIM cawangan Melaka sendiri, iaitu Akh Mursyidi bin Mohammad.

kg-lapan-2.png

Rata-rata, kelihatan para peserta dan ibu bapa yang hadir di situ memberikan perhatian mendalam kepada ceramah dan menikmati sesi ‘permainan’ yang diadakan. Bentuk permainan adalah lebih bermotifkan pencabaran minda para peserta khususnya di mana pengajaran yang ingin diperoleh adalah remaja perlu bersikap kreatif agar pemikiran yang negatif dibuang jauh daripada minda pelajar dan digantikan dengan pemikiran yang optimis. Pengarah KRIM juga membawa kisah-kisah sahabat dan pemimpin Islam dahulukala agar remaja dapat jadikan mereka sebagai qudwah dan inspirasi dalam meniti kehidupan di dunia yang penuh dugaan untuk meraih redha Illahi. Program tamat sebelum masuknya waktu solat fardhu Zohor dengan ucap terima kasih oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Lapan dan penyampaian cenderahati sesama KRIM dan Persatuan Penduduk Kampung Lapan.

5 Komen

Filed under Aktiviti, info krim MELAKA, Kem motivasi dan ceramah agama, Seminar dan Kem Akademik

5 responses to “Program Motivasi Pelajar: ‘Pelajar Cemerlang, Akhlak Terbilang’

  1. naz_ul

    saya nak adakan program motivasi kat sekolah lame saya dgn rakan2 untuk membantu menaikkan semagat pelajar sekolah felda.
    kami nak buktikan bahawa bdak felda pn leh bljar d university.
    tlg cdang kan xtvt yg sesuai utk kami lakukan???????????

  2. salam..saya pun nak ada kan bengkel motivasi..tapi untuk student sekolah saya..ada cdgn tak aktiviti untuk mereka?huhu

  3. ELIS

    program mcm nie best,,mcm ne lau nak join

  4. jeff hira'

    Tahniah…KRIM Shah Alam pun baru melaksanakan aktiviti yg sama akhir bulan lepas…akan dimasukkan dalam web kami nanti I.Allah….semoga terus berjaya

  5. faizal

    saya nk masuk kem ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s