Oleh
r. Hindun Abdullah
Terjemahan :Ust. Anwar Fakhri
Jalan Menuju Kecantikan
Bunga atau mutiara?
Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka…”
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”
Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?
Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman… daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah… yang bimbang hati anda menjadi gelap… yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan… meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia… Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku… Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”
Renungan
Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.
Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.
Katakan tidak!
Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang… Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?
Bagaimana sepatutnya pakaian anda?
1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “… dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka…”
Anda di dalam syurga
Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)


Assalammualaikum..
Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “… dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka…”
merujuk kpada ayat dia atas…saya kurang jelas tentang
maksudnya..
adakah perhiasan membawa maksud
pakaian yg cantik2..
ataupun…
pakaian yg memperlihatkan anggota bdan(bentuk) seorang wanita
krana jika kita dilarang memakai pakaian yg cntik2 adalah tidak logik..kerana cantik itu sendiri adalah terlalu subjektif..
mungkin dimata saya pakaian itu.. cantik…namun di mata orang lain tidak….
minta pandangan & penjelasan..
terima kasih
wa’alaikumussalam
Jawapan pertanyaan yang diajukan:
- perhiasan tidak bermaksud pakaian yang cantik. sebaliknya ayat “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya” bermaksud: “seseorang perempuan tidak boleh mempamerkan tubuh badan mereka kecuali dua tapak tangan dan muka mereka kepada sesiapa sahaja yang bukan muhrim. manakala yang muhrim maka mereka boleh mempamerkan anggota-anggota yang kebiasaannya terbuka ketika menguruskan kerja rumah seperti kaki, rambut, leher dan lengan.”
- manakala pakaian yang cantik tidaklah dilarang dalam Islam kerana Islam itu sendiri adalah agama kecantikan. walau pun begitu Islam tidak membenarkan pakaian yang menutup aurat dan cantik tetapi menggoda. Menggoda itu mungkin pada warnanya yang lembut atau pada potongan pakaian tersebut yang mungkin agak ketat dsb.
Wallahua’lam
Ayuh menutup aurat demi kerana Allah.
alhamdulillah ats text ni…moga semua amek pengajaran dan saling m’baiki diri…tima kasih O’ Allah….
saya ada soalan..sy memakai tdg…tp tidak selabuh mana seperti ustzah2..sy memakai tdg biasa sprti dato’ dr.mashitah…pd sy sdh ckup menutup dada sy…dan insyaAllah sy tidak m’buka aurat yg lain..sy cuma ingin b’tnya pndapat saudara semua…jazakallah..
Yang penting apakah hati kita berasa tenang dengan apa yang kita lakukan itu. Jika masih ragu-ragu maka pilihlah jalan yang menenangkan hati. Saya rasa begitulah. Saya bukan ustaz cuma pengendali blog ni aje.
Assalamualaikum,
Saya kurang faham dengan surah Al-Baqarah ayat 216. Saya harap anda boleh jelaskan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Assalamualaikum, sebenarnya pasal surah Al-baqarah ayat 216 tu tak ada kaitan dengan topik yang dibincangkan. Tapi kita boleh kiaskan pada apa yang kita bincangkan. Ayat tersebut cerita pasal perang yang pada awalnya org Islam tak nak perkara tu berlaku tapi Allah takdirkan ianya berlaku sebab Allah lebih tahu itu adalah lebih baik bagi orang Islam.
Begitu juga kalau kita balik pada diri kita…memang rasa seronok kalau dapat menonjol kecantikan yang ada pada diri. Tapi Allah menghendaki kita menutupnya sebab itu adalah lebih baik bagi kita. Allah Maha Tahu apa yang baik dan apa yang tak baik untuk kita. Kerana kita ni hamba..perlu pasrah padaNya.
assalamualaikum.. barakallahufikum.. muslimah mukminah.. ayuh kite perjuangkan pakaian sunnah sahabiah.. mungkin panas didunia.. kite sentiasa bercahaya di syurga.. insyallah.. ikhwan akhowat.. pakaian sedikit sebanyak beri satu penjelasan berkaitan peribadi kite.. tapi bile dah pakai malabis yg tutup aurat sepenuhnya.. jangan plak bwk imej yg tak elok..
sorrry ya kalo ganggu gw numpang nyoret-nyoret
Aku, perempuan atau mutiara…????
Aku…………………………….
Bunga atau mutiara…..??????
Assalamu’alaikum, terimw kaseh sy ucapkan, artikel ini amat bagus, kalau boleh, postkan bnyk lg artikel ilmiah yg memfokus masalah umat negara kita, info yg bkaitan semasa begini amat bagus,
ok,,,
Wasalam, truskan usaha, ALLAHHUAKBAR
Mutiara yang indah itu adalah wanita yang mengiktui aturan Allah dan Rosululloh. tegasnya menjadi berusaha untuk solehah.
siapapun boleh menjadi mutiara/wanita solehah, dia menjadi pendamping suaminya dunia dan di akhirat kelak.
siapa berani…………….
saya juga mendambakan seseorang yang mau belajar meniru siti Khodijah-nya Rosululloh. semoga
untuk anda-anda yang punya artikel bagus, yang membaca ini boleh kirim.
smkyitsm@yahoo.co.id
selain untuk pribadi, juga untuk anak didik kami
terima kasih
ayat kedua dalam surah al baqarah zaalikal kitabularaibafih,hudal lilmuttaqin sudah cukup untuk kita beramal dengan firman allah.wallahuallam
bunga dan permata memeng tidak dapat untuk kita pisahkan ……
wahai kumbang2 yang berkeliaran,jika kau mendambakan permata yang cantik di akhirat kelak, maka bunga yang harum dan cantik di dunia maka janganlah engkau menghisap madunya tanpa kau mendapat ‘izin’ dari penciptanya,,,,
i’ve no komen but tq for this….
i really enjoy reading it!
A’kum. Sy ingin minta nasihat dr semua yg sudi. Sy seorg pelajar, dn pada usia muda berjaya mencapai ape yg sy inginkan, alhamdulillah. Dahulu sy seorg yg sgt meminati islam dn ajarannya, dn bercita2 menggunakan anugerah yg Allah kurniakan utk menempatkn islam di mata dunia. Pada usia 22 thn, sy ditawarkn mengikuti program Doktor Falsafah dgn dibiayai penuh oleh Malaysia, dn di sini segala2nye bermula. Menjadi seorg yg bercita2 tinggi, sy memasang niat utk menyempurnakan PhD sy di sebuah universiti terkemuka dunia, namun niat sy dihalang oleh ibubapa yg terlalu bimbang keselamatan sy. Sy mula memberontak, apatah lagi setelah disogok dgn kata org sekeliling ‘betapa rugi sy melepaskn peluang keemasan yg diimpi oleh ramai pelajar lain’. namun sy masih akur dgn keputusan ibubapa walaupun memberontak. Sy terima utk belajar di sebuah universiti tempatan. Dlm proses tersebut, pelbagai kesukaran sy hadapi dn sy mula menyalahkan keluarga kerana pada pendapat sy jika sy di oversea tentu sy berjaya melakukan projek2 tersebut dgn lebih mudah. Sy pendam semua stress sy sbb bila sy meluahkn pada ibu, sy pula dimarahi kerana terlalu bercita2 tinggi. Obses sy pada dunia sains mmg xdapat dilenyapkn dr jiwa sy yg terlalu gilakan ilmu pengetahuan. Ibu bimbang obses sy ini akan merosakkn masa depan, dia xmahu sy jadi hamba kepada dunia sains. namun sy menafikan. Makin lama dipendam, sy makin jauh dr family, jauh dr semua. Sy perlukn kwn, namun tak ada yg dapat memahami.. Setelah hampir 2 tahun dalam dunia sendiri, sy terjebak dgn gejala lepak bersama kaki2 lumba kereta, dah pandai overnight di kedai2 mamak, dah tak peduli lagi ape yg sy inginkan. sy lost, hilang dlm dunia stress dn tidak difahami.. Sy diapproach ramai lelaki dr pelbagai bidang; ahli sains, penari, hinggalah pada mat rempit dan artis.. Setelah terbaca kisah Sufiah, sy mula takut pada diri sendiri. Sy ingin kembali menjadi seorg yg bermaruah.. Tapi sy belum mampu menanganinya berseorangan. Dgn kesedaran ini, sy membuat keputusan drastik break-off dgn bf sy yg merupakan seorg artis. Skrg i’m so lonely, confuse..sy tak mahu menjadi ‘Sufiah’ Malaysia..bantulah sy jika anda sudi…
salam ukhwah buat blue orchid~
sy seorang pelajar perubatan, dan saya rasa krn sy juga berada dalam bidang yang sama(sains), mungkin sedikit sebanyak saya dpt berkongsi rasa brsama enti disini.
saudari,
hakikatnya sains tu lebih dekat dengan Allah..
dan sedarilah juga, kepandaian akal yang Allah berikan itu juga adalah hakikatnya untuk kita berfikir dan terus berfikir tentang Dia..n sesungguhnya sy percaya, org bijak n panjang akalnya jika dia celik pada fitrah diri sendiri, dia akan menjumpai jalan untuk kembali kpd diriNya…
dalam menimba ilmu Allah ni,
selalulah ingat..apa niat kita dlm menimba ilmu ni.
adakah sekadar nk mengejar ilmu itu semata2?
dan, cubalah tanya kembali pd diri..untuk apa aku obses dan terlalu mengejar ilmu ini? apakah ganjaran yang aku harapkn darinya??
fikirkn kembali..sepatutnya..sains menjadi jalan untuk kita lebih mengenali Pencipta kita, bkn jauh driNya.
seandainya hakikat ini tidak kita fahami, hati kita akn mudah mengikut nafsu..dan kerana nafsu yang mengemudi jiwa, sbb tulah pelajar pintar pun mampu rosak dan hanyut dalam dunia gelapnya sendiri…
so ukhti, tajdidlah balik niat..
n fikir2kanlh…tidak semua yang kita inginkan itu, barangkali bukan yang terbaik untuk kita..enti boleh rujuk dlm surah AlBaqarah tntg ayatnya..
jadi terimalah apa yang telah berlaku dlm hidup enti..take it as challange, and stop complaining n salahkan org lain, but make a change. be optimis, and remember, He is very close to you..kalau ada masalah, berdoalah mohon petunjuk driNya..
mencari kenikmatan dunia dgn bergaul bebas tu bknlah caranya untk enti cari jln y pasti utk dptkn ketenangan dri stress y enti alami…
semoga dpt membantu~
bgsnyer artikel nih….
Katakan tidak dri 1-4… Allah..plajar2 klas ana mcm tu…ana x mcm tu tpi ble ana nk tegur mule la diorng cite psl keburkn diri ana pulak…ana dah cbe buang keburukn tu..tpi diorng ugnkit2 blk pulak….mcm mne nk bgi diorng terima ye???
Tutup lah aurat kte sbg perempuan jgn lah didedah kn kpd orng yg x lyk mlht diri kte.. Siapa lg nk tutup aurat kte klw x dri kte sndiri dh mati nanti dah x sempat nk tutup aurat sbsb mnusia lain yg tutpkn btul x??? x kn la kte nk tutp aurat kte sendiri klw kte dh mti…
[...] Gadis Paling Cantik [...]
[...] Sumber Klik disini (http://remajaisma.wordpress.com/2007/01/31/gadis-paling-cantik/) [...]
assalamualaikum..akhawat sekalian..kita adalah musafir..setiap dari kita adalah org asing di dunia ini..perjalanan sudah jauh ditempuhi..nak tak nak,setiap jalan yang ada kita terpaksa lalui..dan kita sedang menuju kepada satu zat yang sudah lama dirindui..wahai teman akhawat sekalian,hiduplah di dunia ini seolah kita adalah orang asing yang hanya tumpang lalu.ayuh kita pohon pada Allah agar setiap sisa perjalanan kita yang masih tinggal diredhai olehNya..
A’skum…sy ske ngan artikel niy..skrang saya cnfius sy niy gdis,prempuan atau permata?